Tuesday 23 May 2017

Tasbih Tawaf

Tasbih Tawaf

Pelbagai bentuk dan warna Tasbih Tawaf di pasaran

Antara syarat sah tawaf adalah yakin cukup 7 pusingan tawaf. Jika tidak lengkap pusingan maka jemaah tidak layak untuk meneruskan ibadah saei dan bergunting. Walaupun kita hanya menunaikan tawaf sunat kiraannya tetap mesti lengkap 7 pusingan dengan yakin.

Jemaah perlu yakin jumlah pusingan tawaf (Foto 2017)

Untuk mendatangkan rasa yakin, pelbagai cara boleh dilakukan. Antaranya ada jemaah yang hanya mengikut muka surat buku doa tawaf dan saei atau menggunakan kiraan jari atau menggerakkan getah gelang dari pergelangan tangan kanan ke kiri atau mengiranya di dalam hati atau juga menggunakan Tasbih Tawaf. Mari penulis kenalkan apa itu Tasbih Tawaf.

Push cart  di Jaaranah: turut menjual pelbagai tasbih
(Foto 2017)

Tasbih Tawaf adalah alternatif bagi jemaah yang ingin memastikan kiraan tawafnya cukup dan yakin dengan ibadahnya. Saiznya yang agak kecil memudahkan jemaah haji dan umrah untuk membawanya setiap kali ke masjid. Hanya menyematkannya di jari, berjalan, kira, tarik biji tasbih dan teruskan ibadah.

Kedai-kedai di Torik Ajyad Mekah (Foto 2016)

Kegunaan
Mengira jumlah pusingan tawaf dan saei

Kepentingan
Memastikan kiraan tawaf dan saei cukup dan sah

Harga
serendah SR2 atau SR3

Dimana boleh dibeli
Di kedai sekitar masjid & hotel di Madinah maupun Mekah
Penjual jalanan (Push cart) dilorong-lorong laluan ke masjid
Di shopping-shopping mall

Penjual-penjual jalanan (Foto 2017)

Buatan
Made in China (kebanyakannya)

Galakan
Belilah tasbih tawaf ini lebih dari satu unit. Bolehlah kita memberinya kepada jemaah lain sebagai sedekah. Moga ianya di kira sebagai amal jariah.

Tasbih tawaf ....Must Buy in Haramain

No comments:

Post a Comment