Tuesday 23 May 2017

Tasbih Tawaf

Tasbih Tawaf

Pelbagai bentuk dan warna Tasbih Tawaf di pasaran

Antara syarat sah tawaf adalah yakin cukup 7 pusingan tawaf. Jika tidak lengkap pusingan maka jemaah tidak layak untuk meneruskan ibadah saei dan bergunting. Walaupun kita hanya menunaikan tawaf sunat kiraannya tetap mesti lengkap 7 pusingan dengan yakin.

Jemaah perlu yakin jumlah pusingan tawaf (Foto 2017)

Untuk mendatangkan rasa yakin, pelbagai cara boleh dilakukan. Antaranya ada jemaah yang hanya mengikut muka surat buku doa tawaf dan saei atau menggunakan kiraan jari atau menggerakkan getah gelang dari pergelangan tangan kanan ke kiri atau mengiranya di dalam hati atau juga menggunakan Tasbih Tawaf. Mari penulis kenalkan apa itu Tasbih Tawaf.

Push cart  di Jaaranah: turut menjual pelbagai tasbih
(Foto 2017)

Tasbih Tawaf adalah alternatif bagi jemaah yang ingin memastikan kiraan tawafnya cukup dan yakin dengan ibadahnya. Saiznya yang agak kecil memudahkan jemaah haji dan umrah untuk membawanya setiap kali ke masjid. Hanya menyematkannya di jari, berjalan, kira, tarik biji tasbih dan teruskan ibadah.

Kedai-kedai di Torik Ajyad Mekah (Foto 2016)

Kegunaan
Mengira jumlah pusingan tawaf dan saei

Kepentingan
Memastikan kiraan tawaf dan saei cukup dan sah

Harga
serendah SR2 atau SR3

Dimana boleh dibeli
Di kedai sekitar masjid & hotel di Madinah maupun Mekah
Penjual jalanan (Push cart) dilorong-lorong laluan ke masjid
Di shopping-shopping mall

Penjual-penjual jalanan (Foto 2017)

Buatan
Made in China (kebanyakannya)

Galakan
Belilah tasbih tawaf ini lebih dari satu unit. Bolehlah kita memberinya kepada jemaah lain sebagai sedekah. Moga ianya di kira sebagai amal jariah.

Tasbih tawaf ....Must Buy in Haramain

Monday 22 May 2017

Ceramah Bahasa Melayu di dalam Masjid Nabawi

Ceramah Bahasa Melayu di dalam Masjid Nabawi


Mungkin agak pelik bila kita baca tajuk entry kali ini. Manakan tidak, di negara yang jaraknya 6900+ kilometer dari tanah air kita dan dari bumi tanah melayu nusantara. Adakah ada pak sheikh arab yang  berceramah di dalam masjid nabawi di dalam bahasa melayu?. Jawapannya adalah ya.

Foto musim haji 2012

Di dalam Masjid Nabawi telah ada lokasi ceramah di dalam Bahasa ibunda kita. Ianya adalah satu inisiatif kerajaan arab saudi dan pengurusan Masjid Nabawi memandangkan jumlah jemaah haji 
Malaysia (20 000-30 000) Indonesia (120 000) setiap kali musim haji.

Khusyuk mendengar ceramah (foto musim haji 1433)

Malah jika musim Umrah jumlahnya lebih besar.Statistik terkini (2017) Negara Malaysia (211 000 jemaah) Indonesia (800 000 jemaah) setahun. Belum lagi di campur dengan negara Brunei Kemboja dan Thailand yang boleh berbahasa Melayu.

Jadi kekosongan waktu antara solat fardhu maghrib dan isyak jemaah diisi dengan ceramah bahasa ibunda kita di bumi yang penuh barakah ini.


Pemantauan penulis sendiri, lokasi ceramah bahasa melayu ini penuh dengan kehadiran bangsa melayu serumpun jemaah Indonesia, Malaysia dan yang lain-lain.

Keterujaan mendengar ceramah jelas tergambar (foto 2016)

Sesi ceramah yang disulami dengan ayat alquran dan hadith ini di sudahi dengan soalan dari para jemaah.

Masa
Selepas solat maghrib-isyak

Lokasi
Berdekatan dengan Pintu Umar

Penceramah
Pelajar Peringkat PHD Di Universiti Madinah

Adakah jemaah wanita boleh turut serta?
Tidak, kerana lokasinya berada di dalam ruangan saf jemaah lelaki.

Musim Haji 1437

Jadi jika bertandang ke Bumi Madinah al Munawwarah jangan lupa untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang pasti didoakan oleh para malaikat akan keampunan mereka yang duduk didalam majlis ilmu tersebut.

Pasti anda berasa bangga. Bahasa ibunda kita di perdengarkan di dalam masjid nabawi di sisi baginda Nabi tercinta. wallahualam.

Dengar Ceramah Bahasa Melayu di Madinah.....Must do list in Madinah.

Saturday 20 May 2017

Gahwah Arabi / Kopi Arab / Arabic Coffee

Gahwah Arabi / Kopi Arab /Arabic Coffee

Gahwah Arabi : Nescafe & Alkhair
Yang belum mengetahui apa itu gahwah (qohwah) ia adalah minuman air kopi panas. Di setiap negara pasti mempunyai cara hidangan kopi istimewa dengan identiti tersendiri. Penulis yang juga peminat minuman kopi amat menyukai cara hidangan kopi cara rakyat Turki dan Saudi.


Jika di Istanbul Turki cukup hanya dengan duduk di atas bangku kecil di hadapan kedai kopi dengan set cawan yang kecil (macam set mainan) serta gula batu beberapa biji di berikan dan terus menenguknya sedikit demi sedikit.

Cawan kertas yang kecil (foto 2017)
Berbeza di Saudi. Gahwah hanya akan diberi secara percuma di dalam Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi atau di saat anda bertamu ke rumah-rumah penduduk Saudi. Gahwah tidak dijual panas di kedai-kedai. Rakyat Saudi lebih suka minum teh panas di kedai dan Gahwah adalah minuman istimewa menyambut tetamu atau dihidang di dalam majlis-majlis khas.

Seusai solat maghrib di Masjid Nabawi (Foto 2017)
Sebelum solat maghrib pasti anda akan kelihatan jemaah rakyat tempatan yang membawa thermos pod atau cerek-cerek termos di dalam beg- beg besar.
Air 3 rasa : Zam-zam, Laban & Gahwah (Foto 2015)
Gahwah ini biasanya disaji kepada jemaah sejurus selepas solat maghrib. Pasangan ideal kepada gahwah arabi ini adalah kurma sukary. Bayangkan anda minum kopi tanpa gula dan diselangi dengan kurman sukary yang manis. Walla...kenikmatan yang sukar diungkap. Bak kata orang arab...miah bi miah (tip top/ terbaik 100%)
Selain air zam-zam Gahwah adalah yang di tunggu-tunggu sebagai juadah berbuka puasa di Haramain (foto 2017)
Jika petang isnin dan khamis lebih ramai yang membawa thermos pod dan cawan kertas bersaiz kecil untuk diberikan sebagai minuman berbuka puasa.

Di bulan ramadhan pula pastinya Gahwah menjadi pilihan utama di saat menantikan azan berkumandang. Perlu diingat, mereka akan bergerak dari satu saf ke satu saf yang lain dan bertanyakan anda andai anda mahukan gahwah. Ini kerana ada juga jemaah bukan arab yang menolak Gahwah kerana rasanya yang sangat special.

"Gahwah? Gahwah?" Itulah sapaan orang tempatan yang bertanyakan anda sambil menghulurkan cawan kertas kecil.
Gahwah di hidang dengan kuantiti yang sedikit namun cukup menyegarkan (Foto 2015)
Cara hidangan
Di minum dengan suhu yang panas
Cawan kertas kecil yang comel
Diminum sedikit demi sedikit

Rasa
Unik tanpa gula
Pahit dan berherba
Namun sangat sedap
Yang pahit tapi sangat sedap (foto 2015)
3 in 1
Juga terdapat pek-pek kecil (sachet) dijual untuk mudah dibawa.

                              
Keluaran dan Harga
Nescafe SR 29
Alkhair SR 25

Gahwah dan Kurma Sukary (foto 2015)
Di mana bole dibeli?
Bin Dawood
Bawaris
Kedai runcit & supermarket dan lain-


Kebaikan meminumnya
mencerahkan mata yang mengantuk sambil beriktikaf
menyegarkan tubuh badan kerana terasa seperti kopi herba ini meresap masuk ke seluruh saraf dan sendi...baru la semangat meneruskan ibadah di Haramaian.

Gahwah.....must try list in Saudi.

Friday 19 May 2017

Video Rindu Nabi S.A.W.

Video Rindu Nabi S.A.W




Shohada Hotel Mekah (Hotel Review)

Shohada Hotel Mekah (Hotel Review)
Shohada Hotel di pagi hari (foto 2016)

Bagi yang bertandang ke Mekah, terdapat beribu hotel penginapan disediakan. Ada yang berada betul-betul dihadapn Masjidil Haram dan tidak kurang juga ramai jemaah yang terpaksa berjalan kaki beratus-ratus meter .

Petugas hotel Shohada bersiap sedia mengalu-alukan jemaah yang pulang dari Masjidil Haram selepas solat Fardhu dengan Gahwah (kopi Arab) dan Kurma Sukary 


Perbezaan kualiti,  kemudahan, keistimewaan, jarak, rating dan bintang yang membezakan harga menginap di  Dalam hotel review kali ini, penulis akan membicarakan Hotel Shohada Hotel Mekah. Hotel ini menjadi tumuan dan pilihan rakyat Malaysia ( Tabung Haji Travel), Mesir, Turkey dan Azebaijan.
Seusai solat fardhu Isyak (foto 2015)

Lokasi
Ajyad street Mekah
650 meter dari plaza Masjidil Haram
Rujukan: agoda.com


Bintang
Lima bintang


Kain merah  hiasan sering kelihatan di bangunan hotel bila tiba musim bulan Ramadhan ( Foto Ramadhan 1437)


Kawasan lobi yang luas dan mewah 


Harga semalam
Harga bergantung kepada musim. Sebagai contoh sekiranya musim bulan puasa dan haji sememangnya harga penginapan melambung tinggi.

RM 353 semalam (harga semasa penulis merujuk agoda.com pada 18 Mei 2017)

Rujukan : agoda.com


RM 1372 semalam untuk 2 Ramadhan 1438 / 28 Mei 2017

Rujukan: agoda.com


Kemudahan

  • 10 buah lif ke bilik penginapan yang luas dan laju.
  • wifi di lobi secara percuma
  • Banyak restoren dan dewan yang besar serta luas
  • Dobi di hotel disediakan
  • Cofee Shop 
  • Barber Shop
  • Souvenir shop
  • Bilik akan dikemas setiap hari
  • tuala dan kelengkapan tandas dibekal setiap hari
  • semua bilik dibekalkan saving box, peti ais, telefon, tv flat screen, mini bar, hair dryer
  • Musolla dan imam lantikan hotel disediakan


Musolla yang luas untuk solat berjemaah pekerja dan jemaah yang tidak larat ke Masjidil Haram




Grand Dinner Jemaah Haji Pakej Aqiq 1437 (Foto Musim Haji 2016)
Dewan Serbaguna (foto sesi slot ceramah penulis semasa Musim Haji 1437)

Keistimewaan tersendiri
Bas boleh terus menurunkan penumpang dan barang betul-betul di hadapan main entrance hotel.



Wednesday 17 May 2017

Suara itu ku Kenali...Sheikh Bandar Baleela (Imam Masjidil Haram)

Suara Itu ku kenali......
Sheikh Bandar Balela (Imam Masjidil Haram)

Suasana sebelum Imam hadir ke tempat Imam (Solat Fardhu Isyak: foto 2015)

Para pencinta dua kota suci pasti mempunyai imam dua masjid yang digemari. Ada yang menyukai bacaan imam-imam Masjidil Haram atau imam-imam Masjid Nabawi.

Kita tidak perlu mengenali wajahnya, namun kita tetap dapat mengenali pemilik suara itu.
Clock Tower berdiri Megah (Foto Musim Haji 1437/2016)

Pernah penulis suatu ketika bertanyakan kepada pencuci-pencuci Masjidil Haram, bila penulis menjadi makmum kepada imam yang tidak familiar suaranya didengari penulis. Dengan selamba cleaner itu menyebut nama Sheikh tersebut.

Siapa yang tidak kenali bacaan Sheikh Abdul Rahman Sudais yang nyaring dan menggetarkan jiwa.
Air Zam-Zam di Tempat Saei (Foto Musim Haji 1437/2016)

Mungkin juga anda yang menggemari bacaan imam Sheikh Maher Muaqily yang lembut,  lunak dan mampu menitiskan air mata si pendengar.

Sheikh Abdullah Ewat Al Juhany pula terkenal dengan kemahiran Qiraat yang mampu dibawa dengan begitu baik saat beliau menjadi imam.

Tidak kurang dengan Sheikh Khalid AlGhamidi, Sheikh Shuraim dan yang lain-lain.
Senibina Kerajaan Uthmaniyah di bangunkan semula
setelah pembesaran masjid dibuat (Foto Musim Haji 1437/2016)

Dan yang ingin penulis beri penumpuan buat kali ini adalah Sheikh Bandar Baleela. Imam rawatib Masjidil Haram yang sedang popular ketika ini (2017).

Sedikit info siapakah Sheikh Banda Baleela.

Nama: Bandar bin Abdul Aziz Balilah (bahasa Arab: بندر عبد العزيز بليله)
Tahun lahir :1395 H
Tempat Lahir : Mekkah
Jawatan terkini: Imam Masjidil Haram dan Assistant Professor di UniversitiTaif.

Pendidikan
Sarjana Syari'ah Islam, Universitas Umm Al-Qura,
PHD , Fakulti Syari'ah Universiti Islam Madinah

Mari kita dengarkan rakaman langsung suara Sheikh Bandar Baleela sewaktu menjadi imam solat fardhu maghrib pada Musim Haji 1437/2016.


Saturday 13 May 2017

Revolusi Pintu No.1 King Abdul Aziz (2011-2017)

Revolusi Pintu No.1 King Abdul Aziz (2011-2017)

2011


Pintu No 1 adalah antara pintu utama di Masjidil Haram. Bagi Jemaah yang tinggal di hotel sekitar Bukit Ajyad (jalan di hadapan Istana Raja Saudi) dan Jiyad street (jalan berhadapan Safwa Tower) maka pintu no 1 ini adalah pintu yang menjadi pilihan bagi Jemaah berpusu-pusu masuk ke dalam masjid.


Juga  tempat Menunggu family (2012)

Jam dan Suhu Semasa Mekah (2012)

Tengahari yang redup akibat ribut pasir (2012)

Ribut Pasir 2012

Pintu ini juga menjadi tempat pertemuan dan tempat menunggu pasangan masing-masing.  

Keindahan nampu limpah di malam hari (2013)

Suasana waktu Dhuha (2013)

Sehinggakan seusai selesai setiap waktu solat fardhu, aliran keluar dari dalam masjid menjadi sesak dan berasak-asak.


ruang untuk bersilaturrahim (2014)

Berpusu-pusu jemaah meluru masuk setelah azan (2014)

Indah tersergam (2014)

Namun disaat penulis menulis catatan ini kemasan akhir pada binaan pintu no 1 ini masih belum sempurna.




Kelihatan kren-kren disebelah Pintu No. 1 (2015)

Selesai solat fardhu Isyak (2015)

Sesak namun semua dapat lalu (2015)

Ayuh kita saksikan revolusi pembinaan dan pembangunan pintu King Abdul Aziz dari tahun 2011-2017.

Ramai bersolat di hadapan pintu (2016)


Suasana Bulan Ramadhan ( 2016)

Luas dan selesa (2016)

Pintu yang diperbesarkan (Musim Haji 2016)
Kini (2017) pintu ini telah diperluas, ditinggi, dan diperindahkan. 


Pandangan dari depan Bin Dawood Hilton ( Mac 2017)

Pintu No 1 ditutup untuk tujuan kemasan akhir ( Mac 2017)