Gahwah Arabi / Kopi Arab /Arabic Coffee
Gahwah Arabi : Nescafe & Alkhair |
Yang belum mengetahui apa itu gahwah (qohwah) ia adalah minuman air kopi panas. Di setiap negara pasti mempunyai cara hidangan kopi istimewa dengan identiti tersendiri. Penulis yang juga peminat minuman kopi amat menyukai cara hidangan kopi cara rakyat Turki dan Saudi.
Jika di Istanbul Turki cukup hanya dengan duduk di atas bangku kecil di hadapan kedai kopi dengan set cawan yang kecil (macam set mainan) serta gula batu beberapa biji di berikan dan terus menenguknya sedikit demi sedikit.
Cawan kertas yang kecil (foto 2017) |
Berbeza di Saudi. Gahwah hanya akan diberi secara percuma di dalam Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi atau di saat anda bertamu ke rumah-rumah penduduk Saudi. Gahwah tidak dijual panas di kedai-kedai. Rakyat Saudi lebih suka minum teh panas di kedai dan Gahwah adalah minuman istimewa menyambut tetamu atau dihidang di dalam majlis-majlis khas.
Seusai solat maghrib di Masjid Nabawi (Foto 2017) |
Sebelum solat maghrib pasti anda akan kelihatan jemaah rakyat tempatan yang membawa thermos pod atau cerek-cerek termos di dalam beg- beg besar.
Air 3 rasa : Zam-zam, Laban & Gahwah (Foto 2015) |
Gahwah ini biasanya disaji kepada jemaah sejurus selepas solat maghrib. Pasangan ideal kepada gahwah arabi ini adalah kurma sukary. Bayangkan anda minum kopi tanpa gula dan diselangi dengan kurman sukary yang manis. Walla...kenikmatan yang sukar diungkap. Bak kata orang arab...miah bi miah (tip top/ terbaik 100%)
Selain air zam-zam Gahwah adalah yang di tunggu-tunggu sebagai juadah berbuka puasa di Haramain (foto 2017) |
Jika petang isnin dan khamis lebih ramai yang membawa thermos pod dan cawan kertas bersaiz kecil untuk diberikan sebagai minuman berbuka puasa.
Di bulan ramadhan pula pastinya Gahwah menjadi pilihan utama di saat menantikan azan berkumandang. Perlu diingat, mereka akan bergerak dari satu saf ke satu saf yang lain dan bertanyakan anda andai anda mahukan gahwah. Ini kerana ada juga jemaah bukan arab yang menolak Gahwah kerana rasanya yang sangat special.
"Gahwah? Gahwah?" Itulah sapaan orang tempatan yang bertanyakan anda sambil menghulurkan cawan kertas kecil.
Gahwah di hidang dengan kuantiti yang sedikit namun cukup menyegarkan (Foto 2015) |
Cara hidangan
Di minum dengan suhu yang panas
Cawan kertas kecil yang comel
Diminum sedikit demi sedikit
Rasa
Unik tanpa gula
Pahit dan berherba
Namun sangat sedap
Yang pahit tapi sangat sedap (foto 2015) |
3 in 1
Juga terdapat pek-pek kecil (sachet) dijual untuk mudah dibawa.
Keluaran dan Harga
Nescafe SR 29
Alkhair SR 25
Gahwah dan Kurma Sukary (foto 2015) |
Di mana bole dibeli?
Bin Dawood
Bawaris
Kedai runcit & supermarket dan lain-
Kebaikan meminumnya
mencerahkan mata yang mengantuk sambil beriktikaf
menyegarkan tubuh badan kerana terasa seperti kopi herba ini meresap masuk ke seluruh saraf dan sendi...baru la semangat meneruskan ibadah di Haramaian.
Gahwah.....must try list in Saudi.
No comments:
Post a Comment