Tips Masuk Hijir Ismail.
Bertamu di haramain yang menjanjikan ketenangan jiwa yang teramat membuatkan kita akan bersungguh-sungguh menggunakan masa sepanjang di Tanah Suci.
Kebiasaan pakej umrah menawarkan 7hari untuk bertamu di Masjidil Haram Mekah. Dengar seperti sekejap sahaja tempoh itu, namun 7 hari yang kita lalui akan terasa sangat bermakna dan tiada satu lawatan atau kembara kita yang dapat menandingi saat dan waktu kita bertamu di haramain.
Memandangkan Hijir Ismail adalah antara 15 tempat mustajab doa seperti tertulis dalam kitab Bahrul wafi. Maka sesuailah kita bersama-sama pasangan dan famili masuk dan beribadah di dalamnya.
Dalam kita menggunakan masa sebaiknya di Mekah.Eloklah kiranya kita turut menggunakan waktu untuk beribadah di dalam Hijir Ismail.
Cara melintas pusingan Tawaf
1. Dari luar pusingan tawaf bersiap untuk melintas pusingan tawaf
2. Hanya mengangkat sebelah tangan dan berjalan melintas terus ke pintu Hijir Ismail. (sebagai isyarat ingin melintas). Anda akan saksikan reflek automatik dari jemaah yang sedang bertawaf. Mereka akan memperlahankan langkah dan membenarkan anda melintas dihadapan mereka.
Apa yang boleh dilakukan di dalam hijir ismail
1. Berdoa
2. Berqiamullail
3. Solat-solat sunat
Masa terbaik beribadah di dalamnya
1. Sepertiga malam
2. Waktu dhuha
3. Bila-bila masa (namun jemaah akan diarahkan keluar 30 minit sebelum azan berkumandang)
Apa yang perlu dihindarkan
1. Jangan solat di kawasan pintu masuk hijir ismail
2. Jangan berdoa dan menangis terlalu kuat sehingga mengganggu jemaah lain beribadah
3. Jangan meggunakan kekerasan kepada jemaah lain sewaktu ingin bergerak masuk maupun keluar.
No comments:
Post a Comment