Friday 17 November 2017

Nota Umrah 2018: Niat Umrah bersyarat

Niat bersyarat bagi wanita
Adalah digalakkkan bagi semua jemaah wanita untuk niat bersyarat. Ini kerana rutin kehidupan seseorang wanita itu tidak lepas dari kedatangan haid. Dan haid akan menyebabkan seseorang wanita itu tidak dapat menyempurnakan rukun-rukun umrah.

Oleh yang demikian, sebagai satu langkah berhati-hati, jemaah wanita bolehlah berniat dengan niat bersyarat bagi menetapkan had masa larangan ihram yang ada padanya sewaktu berada didalam perjalanan kembara umrah.