Tuesday, 14 November 2017

Aser Asob (Air Tebu Mekah)

Aser Asob (Air Tebu Mekah)



Lemak, manis, Masin....sedap sangat. Itulah nikmat dunia setiap kali penulis menikmati aser asob (air tebu Mesir). Penghilang dahaga dan juga sebagai pemulih tenaga setelah penat beribadah seharian di Mekah.

Minuman yang istimewa ini sangat menjadi perhatian jemaah Umrah dan Haji. Kepenatan, keletihan, sengal-sengal dibadan dan lenguh dikaki pasti terubat dengan meminum segelas air tebu yang tidak terlalu manis tapi menyegarkan.





Keunikan
Saiz batang tebu yang lebih halus berbanding dengan saiz batang tebu di nusantara.tebu yang dibawa dari Mesir ini akan diproses dihadapan pelanggan.
Mesin memproses tebu juga unik kerana saiznya yang besar. Tebu yang telah diraut kulitnya dimasukan ke dalam mesin khas ini dan air tebu yang keluar akan terus sejuk seperti dicampur ais batu.
Belum ada mesin tebu seperti ini dapat penulis lihat di tanahair. Mungkin suatu masa nanti.


Cara Menikmati
Pelanggan akan diberi air tebu fresh yang baru dimesin. Terpulang kepada pelanggan sama ada ingin menambah Melah(garam) atau pun tidak. Penulis sendiri akan mencampurkan sedikit garam halus yang disediakan dan menikmatinya dengan sedutan sedikit demi sedikit. Disaat air tebu mengalir masuk ke kerongkongan sambil memerhati suasana hiruk pikuk dan riuh rendah jemaah dan kenderaan di Jalan Ibrahim Khalel....pasti kesyukuran terluah di bibir...Alhamdulillah... sedikit manis, masin dan berlemak yang sangat refreshing.



Lokasi
Hanya terdapat di kawasan Mishfalah dan hanya di lorong Ibrahim Khalel. Terdapat 2 kedai yang menyajikan air tebu istimewa ini. Ianya adalah santapan jemaah sejurus pulang dari menunaikan ibadah di Masjidil haram.






Harga
SAR2,: gelas kecil
SAR3 : gelas besar
SAR 5: botol kecil
SAR 10: botol besar



ASER ASOB : MUST TRY IN MEKAH

No comments:

Post a Comment