Saturday, 11 November 2017

RM 17

 RM 17



Semua jemaah yang telah menunaikan umrah maupun haji pasti rindu untuk bertamu lagi dan lagi di Tanah Haram Mekah dan Madinah.

Pasti yang bermain dibenak fikiran manakan mungkin untuk pergi banyak kali apatah lagi setiap tahun untuk ulang alik ke Mekah bagi beribadah san menunaikan umrah.

RM17?

Kenapa RM17?

Berikut penulis garapkan formula untuk memungkinkan kita semua dapat bertamu ke Dua Tanah Suci pada setiap tahun.

Simpan RM17 setiap hari = Hasilnya Umrah setiap tahun

RM17 x 360 hari = RM6120 setahun

Hasil dari pemerhatian internet penulis. Pakej umrah termurah bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

Tabung Haji Travel RM 5490

Andalusia Travel RM4990

Faizin Travel RM 4900

Rayhar Travel RM 5850



Oleh yang demikian seandainya jemaah yang nekad untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada setiap tahun maka menyimpan sebanyak RM17 adalah sesuatu yang sangat ideal.

Ini kerana jemaah yang berjaya mengumpul RM6120 setahun boleh pergi menunaikan ibadah umrah dengan duit poket/ belanja ada ditangan.



Contoh:

RM 17 x 360 hari : RM 6120

Pilih Pakej Umrah Faizin RM 4900 (CONTOH PILIHAN)

RM 6120 - RM4900  = RM1220 ( BAKI UNTUK DUIT POKET/ BELANJA)

FORMULA RM17= UMRAH SETIAP TAHUN

Maka , formula itu adalah cadangan penulis bagi mereka yang berazam menunaikan umrah sebanyak mungkin selagi masih dipinjamkan nyawa di badan.

RM17.

Wallahualam.

RM17, SAY YES TO UMRAH.



1 comment:

  1. RM17 sehari... harga sekotak Dunhill.
    Nekad berhenti rokok harini... in sya allah thn depan bole tunai umrah.

    ReplyDelete