Jenis- Jenis Umrah
Dalam kita melakukan ibadat umrah perlulah kita ketahui bahawa unrah terdapat 5 jenis kesemuanya. Dan kita bolehlah melakukannya mengikut kondisi kita masing-masing.
1. Umrah Fardhu
Bagi mereka yang pertama kalu melakukan umrah didalsm kehidupannya dinamakan melakukan umrah fardhu.
Wajib sekali seumur hidup.kerana Allah berfirman di dalam ayat alquran : surah albaqarah ayat 196: Dan sempurnakanlah haji dan umrah hanya kerana Allah.
2. Umrah Sunat
Umrah yang diulangi setrlah disempurnskan umrah fardhu untuk dirinya. Jumlah tidak dihadkan sama sekali.
3. Umrah Badal
Umrah yang dilakukan untuk menyempurnakan tanggungjawab arwah keluarga kita yang telah meninggal dunia dan tidak sempat melakukan umrah semasa hayat mereka.
4. Umrah Nazar
Bagi mereka yang telah berjanji dengan Allah taala akan melakukan unrah sejurus Allah menyampaikan hajatnya. Hukumnya wajib dilaksanakan.
5. Umrah Qadha
Umrah ini adalah untuk menyempurnakan kewajipan seseorang yang tidak berjaya , menyempurnakan umrah dengan sempurna semasa beliau melakukan unrah di masa lalu. sebagai contoh: wanita haid yang niat bersyarat dan tidak diizinkan Allah untuk suci dan tidak dapat menyempurnakan umrah sepanjang kehadirannya di tanah suci mekah. Maka kewajipan pada dirinya belum gugur selagimana beliau belum menyempurnakn umrah dengan sempurna. Inilah yang dinamakan umrah qadha.
No comments:
Post a Comment