Putih Hitam kain Ihram ku
Yang putih Yang hitam. Ust saya nak pakai ihram putih atau ihram hitam? Soalan ini pasti melintasi benak fikiran jemaah haji dan umrah wanita di saat bertamu di haramain.
Masakan tidak, bila ditoleh ke kiri dan ke kanan jemaah negara-negara timur tengah dan negara-negara teluk majoritinya berabaya atau berjubah hitam keseluruhanya. Jubah hitam dan niqab (purdah) hitam menjadi ihram mereka.
Senario semasa
Jemaah Malaysia wanita lazimnya akan memakai ihram putih di saat mula-mula masuk ke Mekah untuk menunaikan umrah atau pun tawaf qudum semasa haji. Sebelum menukarnya kepada warna hitam.
Penulis merasakan ini bukanlah kerana mereka segan atau ingin berpura-pura menjadi orang arab dengan memakai ihram hitam.Tetapi, apabila diamati cara pemakaian ihram hitam oleh bangsa arab yang begitu elegan mungkin itu menyebabkan rasa ingin bersama didalam kelompok hitam oleh bangsa Melayu nusantara terutamanya jemaah Malaysia.
Persoalannya adakah boleh seseorang jemaah umrah atau haji berihram hitam semasa menunaikan umrah dan haji?
Hukum
Warna putih adalah sunat
Sunat : walaupun sunat penulis sangat menggalakkannya
No comments:
Post a Comment