Barang keperluan umrah bagi jemaah lelaki
1. Kain ihram
Sunat dibeli baru.
Boleh dibasuh dahulu agar tidak panas bila dipakai
Jumlah Terpulang kepada keperluan.satu atau dua set kain ihram sudah memaidai.
2. Tali pinggang ihram
Kebanyakan tali pinggang ihram yang dijual di malaysia berwarna hijau. Namun seandainya boleh, dapatkanlah yang berwarna putih
3. Selipar
untuk dipakai semasa berada di dalam niat umrah
Selipar yang menampakkan kesemua jari kaki dan keseeluruhan tumit
4. Tasbih tawaf
Jika di Madinah harganya adalah SAR 2 .Lebih kurang RM2.50
Tujuan menggunakan tasbih tawaf adalah untuk memastikan keyakinan pada kiraan pusingan tawaf dan saei.agarbtidak ragu-ragu dengan jumlah pusingan.
5. Buku doa umrah
Tujuan membaca doa yang hukumnya sunat adalah agar kita tidak hilang fokus kepada ibadah tawaf dan saei.
Walau hukumnya sunat, namun ianya lebih baik dari berbual kosong semasa tawaf dan saei.
6. Uncang kasut
Setiap jemaah boleh membawa kasut semasa beribadah namun meatilah diyakini akan kebersihan kasut atau selipar teesebut dari najis. Kerana seandainya selipar yang bernajis dibawa bersama tawaf.maka tawafnya tidak sah.
7. Gunting kecil / Pisau Cukur.
Rukun umrah ke4 adalah bercukur atau bergunting. Maka bagi menyempurnakan rukun umrah tersebut peralatan ini perlu dibawa bersama dan disimpan di dalam beg selendang agar mudah digunakan kelak.
No comments:
Post a Comment