Saturday 28 October 2017

Nota Umrah 2018: Jenis-Jenis Umrah

Jenis- Jenis Umrah

Dalam kita melakukan ibadat umrah perlulah kita ketahui bahawa unrah terdapat 5 jenis kesemuanya. Dan kita bolehlah melakukannya mengikut kondisi kita masing-masing.

1. Umrah Fardhu
 Bagi mereka yang pertama kalu melakukan umrah didalsm kehidupannya dinamakan melakukan umrah fardhu.
Wajib sekali seumur hidup.kerana Allah berfirman di dalam ayat alquran : surah albaqarah ayat 196: Dan sempurnakanlah haji dan umrah hanya kerana Allah.

2. Umrah Sunat
Umrah yang diulangi setrlah disempurnskan umrah fardhu untuk dirinya. Jumlah tidak dihadkan sama sekali.

3. Umrah Badal
Umrah yang dilakukan untuk menyempurnakan tanggungjawab arwah keluarga kita yang telah meninggal dunia dan tidak sempat melakukan umrah semasa hayat mereka.

4. Umrah Nazar
Bagi mereka yang telah berjanji dengan Allah taala akan melakukan unrah sejurus Allah menyampaikan hajatnya. Hukumnya wajib dilaksanakan.

5. Umrah Qadha
Umrah ini adalah untuk menyempurnakan kewajipan seseorang yang tidak berjaya , menyempurnakan umrah dengan sempurna semasa beliau melakukan unrah di masa lalu. sebagai contoh: wanita haid yang niat bersyarat dan tidak diizinkan Allah untuk suci dan tidak dapat menyempurnakan umrah sepanjang kehadirannya di tanah suci mekah. Maka kewajipan pada dirinya belum gugur selagimana beliau belum menyempurnakn umrah dengan sempurna. Inilah yang dinamakan umrah qadha.

Tuesday 24 October 2017

Nota umrah 2018: Rukun Umrah

5 Rukun Umrah

Rukun umrah mempunyai signifikasi yang tersendiri.Ini kerana seandainya seseorg tidak menyempurnakan kelima-lima rukun umrah tersebut maka beliau masih lagi berada di dalam larangan ihram yang 13.

Berikut adalah 5 rukun umrah:

1. Niat Umrah
Seseorang perlu berniat umrah sebwlum atau semasa berada di miqat.

2. Tawaf umrah
Tawaf beerti mengelilingi kaabah 7 pusingan dengan yakin.

3. Saei umrah
Berjalan ulanag alik sari bukit safwa ke bukit marwah sebanyak 7 arah.

4. Bercukur atau bergunting
Apabila telah selesai sempurna saei maka jemaah bolehlah melakukakan rukun bergunting atau bercukur.Bagi jemaah lelaki afdhal bercukur licin rambutnya namun bagi jemaah wanita, mereka hanya dibenarkan untuk bergunting minimum panjang seruas jadi dan tiga helai rambutdari rambut di kepala sahaja.

5. Tertib pada kesemua rukun umrah
Melakukan semua rukun mengikut jumlah dan cara-caranya satu persatu mengikut turuyan.

Apabila semua rukun umrah telah disempurnakan dengan betul terhasillah satu set umrah.

Monday 23 October 2017

Video Teaser Rukun Umrah


Muhasabah Umrah

Muhasabah Umrah....setelah sebulan/setahun meninggalkn 2 kota Suci....

KESERONOKAN YANG HILANG...
Kemana hilangnya?
Keseronokan....solat berjemaah di masjid n d rumah
Kemana hilangnya?
Keseronokan....mmbaca alquran
Kemana hilangnya?
Keseronokan...berpuasa 
Kemana hilangnya?
Keseronokan...makan bersama keluarga
Kemana hilangnya?
Keseronokan...beriktikaf  n imarahkan masjid di siang n malam hari
Kemana hilangnya?
Keseronokan...mndengar tazkirah n nasihat
Kemana hilangnya?
Keseronokan...bercakap benda2 baik
Kemana hilangnya?
Keseronokan...berqiamullail
Kemana hilangnya?
Keseronokan...berzikir mngingati illahi
Kemana hilangnya?
Keseronokan...bersedekah

Kemanakah hilangnya Keseronokan itu?....

Jom Fikir & Zikir....nasihat buat diri n kita semua

Sorof: Money changer di Madinah

Money changer (sorof) di Madinah

Bagi jemaah yang membawa wang ringgit Malaysia pasti sukar untuk melakukan transaksi belian di Madinah. Membeli makanan atau pakaian maupun ole-ole hadiahyang ingin fibawa pulang.

Memandangkan kadar tukaran yang Ringgit yang masih rendah. Penjual-penjual di Madinah sukar menerima wang ringgit untuk urusniaga. (Situasi 2016-2017). Kerna nilai ringgit yang rendah. Berbeza dengan 3 tahun kebelakang dan tahun-tahun sebelumnya.

Terdapat beberapa lokasi pengurup wang untuk kita lakukan penukaran wang. Yang istimewanya di Haramain ini ada kaunter khas tukaran wang untuk wanita. Maka tidaklah berlaku perebutan dan persentuhan lelaki dan wanita.

Lokasi
Sekitar pintu pagar masjid no 17 & 19.
Dan lokasi-lokasi lain.

Kadar tukaran (Rate)
RM 100 = SR 86 (kadar pada 3 ramadhan/29 mei 2017).

Saudi Riyal vs  Malaysia Ringgit.....moga kembali stabil.

Video teaser kenapa Umrah


Putih Hitam kain Ihram ku

Putih Hitam kain Ihram ku

Yang putih Yang hitam. Ust saya nak pakai ihram putih atau ihram hitam? Soalan ini pasti melintasi benak fikiran jemaah  haji dan umrah wanita di saat bertamu di haramain.

Masakan tidak, bila ditoleh ke kiri dan ke kanan jemaah negara-negara timur tengah dan negara-negara teluk majoritinya berabaya atau berjubah hitam keseluruhanya. Jubah hitam dan niqab (purdah) hitam menjadi ihram mereka.

Senario semasa
Jemaah Malaysia wanita lazimnya akan memakai ihram putih di saat mula-mula masuk ke Mekah untuk menunaikan umrah atau pun tawaf qudum semasa haji. Sebelum menukarnya kepada warna hitam.

Penulis merasakan ini bukanlah kerana mereka segan atau ingin berpura-pura menjadi orang arab dengan memakai ihram hitam.Tetapi, apabila diamati cara pemakaian ihram hitam oleh bangsa arab yang begitu elegan mungkin itu menyebabkan rasa ingin bersama didalam kelompok hitam oleh bangsa Melayu nusantara terutamanya jemaah Malaysia.

Persoalannya adakah boleh seseorang jemaah umrah atau haji berihram hitam semasa menunaikan umrah dan haji?

Hukum
Warna putih adalah sunat
Sunat : walaupun sunat penulis sangat menggalakkannya

Video teaser barang keperluan umrah: lelaki



Nota Umrah 2018 : Barang keperluan Umrah : Lelaki

Barang keperluan umrah bagi jemaah  lelaki

1. Kain ihram
Sunat dibeli baru.
Boleh dibasuh dahulu agar tidak panas bila dipakai
Jumlah Terpulang kepada keperluan.satu atau dua set kain ihram sudah memaidai.

2. Tali pinggang ihram
Kebanyakan tali pinggang ihram yang dijual di malaysia berwarna hijau. Namun seandainya boleh, dapatkanlah yang berwarna putih

3. Selipar
untuk dipakai semasa berada di dalam niat umrah
Selipar yang menampakkan kesemua jari kaki dan keseeluruhan tumit

4. Tasbih tawaf
Jika di Madinah harganya adalah SAR 2 .Lebih kurang RM2.50
Tujuan menggunakan tasbih tawaf adalah untuk memastikan keyakinan pada kiraan pusingan tawaf dan saei.agarbtidak ragu-ragu dengan jumlah pusingan.

5. Buku doa umrah
Tujuan membaca doa yang hukumnya sunat adalah agar kita tidak hilang fokus kepada ibadah tawaf dan saei.
Walau hukumnya sunat, namun ianya lebih baik dari berbual kosong semasa tawaf dan saei.

6. Uncang kasut
Setiap jemaah boleh membawa kasut semasa beribadah namun meatilah diyakini akan kebersihan kasut atau selipar teesebut dari najis. Kerana seandainya selipar yang bernajis dibawa bersama tawaf.maka tawafnya tidak sah.

7. Gunting kecil / Pisau Cukur.
Rukun umrah ke4 adalah bercukur atau bergunting. Maka bagi menyempurnakan rukun umrah tersebut peralatan ini perlu dibawa bersama dan disimpan di dalam beg selendang agar mudah digunakan kelak.