Thursday 9 November 2017

Nota Umrah 2018:Tawaf: Apa, kenapa, di mana, siapa, bila, berapa?


Tawaf : apa, kenapa, di mana, bila, siapa, berapa?

1. Apa : Pengertian:
Berjalan mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dimulai dan di akhiri di penjuru hajar aswad.

2. Kenapa: Signifikan Tawaf:
Tawaf mempunyai signifikasi tersendiri kerana baik haji mahupun umrah termaktub di dalamnya bahawa tawaf adalah rukun bagi haji dan umrah.

Kesan bagi jemaah yang tidak melakukan tawaf denagn betul,  maka tawafnya tidak di kira sah dan beliau masih berada di dalam larangan ihram.

3. Dimana: Lokasi Tawaf:
Sekeliling kaabah di kawasan mataf.
Sekeliling kaabah di setiap tingkat masjid.

4. Bila: Masa bertawaf:
Terpulang kepada individu tersebut. Ada yang suka bertawaf di pagi hari, di bawah terik mentari ataupun di lewat malam.

Namum kebiasaannya jemaah umrah akan menyegerakan rukun tawaf. Berbeza dengan jemaah haji, kerana mereka bergantung kepada jenis haji yang dilaksanakn.

5. Siapa : siapa perlu tawaf.
Semua jemaah umrah dan haji.
Penziarah kota mekah.
Pekerja dan pembersih masjidil haram.

6. Berapa: bilangan tawaf?
7....kesemua jenis tawaf adalah berjumlah 7 pusingan.

No comments:

Post a Comment