Monday, 22 May 2017

Ceramah Bahasa Melayu di dalam Masjid Nabawi

Ceramah Bahasa Melayu di dalam Masjid Nabawi


Mungkin agak pelik bila kita baca tajuk entry kali ini. Manakan tidak, di negara yang jaraknya 6900+ kilometer dari tanah air kita dan dari bumi tanah melayu nusantara. Adakah ada pak sheikh arab yang  berceramah di dalam masjid nabawi di dalam bahasa melayu?. Jawapannya adalah ya.

Foto musim haji 2012

Di dalam Masjid Nabawi telah ada lokasi ceramah di dalam Bahasa ibunda kita. Ianya adalah satu inisiatif kerajaan arab saudi dan pengurusan Masjid Nabawi memandangkan jumlah jemaah haji 
Malaysia (20 000-30 000) Indonesia (120 000) setiap kali musim haji.

Khusyuk mendengar ceramah (foto musim haji 1433)

Malah jika musim Umrah jumlahnya lebih besar.Statistik terkini (2017) Negara Malaysia (211 000 jemaah) Indonesia (800 000 jemaah) setahun. Belum lagi di campur dengan negara Brunei Kemboja dan Thailand yang boleh berbahasa Melayu.

Jadi kekosongan waktu antara solat fardhu maghrib dan isyak jemaah diisi dengan ceramah bahasa ibunda kita di bumi yang penuh barakah ini.


Pemantauan penulis sendiri, lokasi ceramah bahasa melayu ini penuh dengan kehadiran bangsa melayu serumpun jemaah Indonesia, Malaysia dan yang lain-lain.

Keterujaan mendengar ceramah jelas tergambar (foto 2016)

Sesi ceramah yang disulami dengan ayat alquran dan hadith ini di sudahi dengan soalan dari para jemaah.

Masa
Selepas solat maghrib-isyak

Lokasi
Berdekatan dengan Pintu Umar

Penceramah
Pelajar Peringkat PHD Di Universiti Madinah

Adakah jemaah wanita boleh turut serta?
Tidak, kerana lokasinya berada di dalam ruangan saf jemaah lelaki.

Musim Haji 1437

Jadi jika bertandang ke Bumi Madinah al Munawwarah jangan lupa untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang pasti didoakan oleh para malaikat akan keampunan mereka yang duduk didalam majlis ilmu tersebut.

Pasti anda berasa bangga. Bahasa ibunda kita di perdengarkan di dalam masjid nabawi di sisi baginda Nabi tercinta. wallahualam.

Dengar Ceramah Bahasa Melayu di Madinah.....Must do list in Madinah.

No comments:

Post a Comment