Saturday, 13 May 2017

Kenapa Umrah?

KENAPA UMRAH?

Ladang Unta

Saban tahun jumlah jemaah Umrah Malaysia semakin meningkat. Jumlah yang terkini dalam setahun jemaah Malaysia pergi menunaikan Umrah adalah lebih kurang 200 000 jemaah. Ini adalah suatu jumlah yang besar. Suatu pekembangan yang sangat baik. Namun mari kita merenung sejenak adakah pemergian mereka di sebabkan faktor-faktor di bawah: 

IKUT TREND?

Dataran Masjidil Haram
Trend semasa ramai yang sudah pergi menunaikan umrah seusia muda. Ada yang pergi dengan cara backpackers dan ada juga yang pergi dengan menggunakan travel agensi. Ada yang tambangnya murah, namun tidak kurang yang menggunakan pakej VVIP dengan layanan super istimewa.

MELANCONG?

Sekitar Jabal Tsur (2011)

Pakej Pelancongan Islamik yang mengandungi zikir, doa, tazkirah, pengkisahan sirah dan tarbiyah. Semuanya ada diselitkan di dalam sesi perjalanan Umrah. Namun bersediakah kita untuk menjadi seorang The Real Muslim Traveller?

SHOPPING?

Syarik  Ibrahim Khalil

Semasa melaksanakan Umrah pastinya masa senggang digunakan untuk melawat lokasi Hot Spot untuk aktiviti shopping. Kebanyakan Jemaah akan berhabisan ribuan Saudi Riyal di Mekah mahupun Madinah. Baik Tamar, Jubah, Serban, Tasbih, Sejadah, sehinggalah ke buah zuriat. Semuanya ingin diborong untuk dibawa pulang ke tanahair. 

BERNIAGA?

Kedai-kedai kecil di kawsan Misfalah

Bagi ahli perniagaan pula, pastinya kota Mekah dan Madinah dilihat sebagai lubuk emas yang boleh ditawan. Samada dari penyediaan makanan, perhotelan, kenderaan, perkhidmatan, pakaian, kepakaran dan banyak lagi peluang yang boleh dicuba untuk diceburi. Bayangkan seorang penjual makanan di restoren tepi jalan hanya menjual kebab berharga SR5, nilainya kecil jika dinisbahkan kepada matawang Saudi, namun pasti di sisi-Nya ianya sangat bernilai kerana peniaga tersebut menjamu Tetamu Agung Allah swt.

IKUT FAMILY?

Cuti sekolah menjadi tumpuan keluarga membawa anak-anak melakukan Umrah

"Angah, Ibu dan Ayah nak pergi Umrah bulan depan. Angah akan ikut kami tau, ibu sponser" Mungkin itu adalah kata-kata ibu ayah yang ingin membawa anaknya untuk bersama mereka melaksanakan ibadah Umrah. Niat yang tulus seorang ibubapa yang ingin memastikan si anak berada di lokasi utama umat Islam dunia. Namun beertikah pemergian Umrah si anak itu buatnya?

IBADAH?

Kenikmatan beribadah di hadapan Kaabah

Maka beruntunglah bagi mereka yang pemergiannya adalah kerana ingin beribadah kepada Allah. 
Kerana Allah berfirman: "dan sempurnakan haji dan umrah kamu kerana Allah" (Surah Al-Baqarah: 196)

No comments:

Post a Comment