Friday, 17 November 2017

Nota Umrah 2018: Niat Umrah bersyarat

Niat bersyarat bagi wanita
Adalah digalakkkan bagi semua jemaah wanita untuk niat bersyarat. Ini kerana rutin kehidupan seseorang wanita itu tidak lepas dari kedatangan haid. Dan haid akan menyebabkan seseorang wanita itu tidak dapat menyempurnakan rukun-rukun umrah.

Oleh yang demikian, sebagai satu langkah berhati-hati, jemaah wanita bolehlah berniat dengan niat bersyarat bagi menetapkan had masa larangan ihram yang ada padanya sewaktu berada didalam perjalanan kembara umrah.

Nota Umrah 2018: Niat Umrah

Nota Umrah 2018: Niat umrah

Semua amalan perlu dimulai dengan niat. Dalam mazhab syafie seseorang dikira berniat apabila dilintaskan didalam hati akan niat tersebut sewaktu memulakan ibadah tersebut

Cara berniat
Lafaz niat umrah
Lintasan di dalam hati

Jenis niat umrah
1. Niat umrah biasa
2. Niat umrah bersyarat


Tuesday, 14 November 2017

Aser Asob (Air Tebu Mekah)

Aser Asob (Air Tebu Mekah)



Lemak, manis, Masin....sedap sangat. Itulah nikmat dunia setiap kali penulis menikmati aser asob (air tebu Mesir). Penghilang dahaga dan juga sebagai pemulih tenaga setelah penat beribadah seharian di Mekah.

Minuman yang istimewa ini sangat menjadi perhatian jemaah Umrah dan Haji. Kepenatan, keletihan, sengal-sengal dibadan dan lenguh dikaki pasti terubat dengan meminum segelas air tebu yang tidak terlalu manis tapi menyegarkan.





Keunikan
Saiz batang tebu yang lebih halus berbanding dengan saiz batang tebu di nusantara.tebu yang dibawa dari Mesir ini akan diproses dihadapan pelanggan.
Mesin memproses tebu juga unik kerana saiznya yang besar. Tebu yang telah diraut kulitnya dimasukan ke dalam mesin khas ini dan air tebu yang keluar akan terus sejuk seperti dicampur ais batu.
Belum ada mesin tebu seperti ini dapat penulis lihat di tanahair. Mungkin suatu masa nanti.


Cara Menikmati
Pelanggan akan diberi air tebu fresh yang baru dimesin. Terpulang kepada pelanggan sama ada ingin menambah Melah(garam) atau pun tidak. Penulis sendiri akan mencampurkan sedikit garam halus yang disediakan dan menikmatinya dengan sedutan sedikit demi sedikit. Disaat air tebu mengalir masuk ke kerongkongan sambil memerhati suasana hiruk pikuk dan riuh rendah jemaah dan kenderaan di Jalan Ibrahim Khalel....pasti kesyukuran terluah di bibir...Alhamdulillah... sedikit manis, masin dan berlemak yang sangat refreshing.



Lokasi
Hanya terdapat di kawasan Mishfalah dan hanya di lorong Ibrahim Khalel. Terdapat 2 kedai yang menyajikan air tebu istimewa ini. Ianya adalah santapan jemaah sejurus pulang dari menunaikan ibadah di Masjidil haram.






Harga
SAR2,: gelas kecil
SAR3 : gelas besar
SAR 5: botol kecil
SAR 10: botol besar



ASER ASOB : MUST TRY IN MEKAH

Sunday, 12 November 2017

Ustaz! Saya Haid

Ustaz ! Saya Haid


Ustaz! Saya Haid.
Kedengaran keluhan para jemaah wanita yang datang mengadu dengan penulis. Situasi ini biasanya akan dihadapi penulis apabila berada di Madinah maupun di Mekah.


Sebagai Contoh Cik Aminah datang haid di Madinah sebelum berangkat ke Mekah untuk Melaksanakan Umrah. Atau Puan Siti pula kedatangn haid sejurus tiba di hotel Mekah setelah berniat uneahbdan belum menyempurnakan umrahnya.


Solusinya....bagi Cik Aminah penulis akan mengajarkannya niat umrah bersyarat bagi wanita haid semasa berniat di miqat Bir Ali. Manakala Puan Siti juga diajarkan niat umrah bersyarat bagi wanita suci sebelum beliau melafazkan niat unrahnya.

Implikasi niat bersyarat
Wanita sedang haid: akan kekal di dalam larangan ihram sehinggalah tiba masa pulangnya.

Wanita suci: akan gugur 13 larangan ihramnya sekiranya haidnya datang sebelum atau semasa menunaikan tawaf umrahnya.


Saturday, 11 November 2017

RM 17

 RM 17



Semua jemaah yang telah menunaikan umrah maupun haji pasti rindu untuk bertamu lagi dan lagi di Tanah Haram Mekah dan Madinah.

Pasti yang bermain dibenak fikiran manakan mungkin untuk pergi banyak kali apatah lagi setiap tahun untuk ulang alik ke Mekah bagi beribadah san menunaikan umrah.

RM17?

Kenapa RM17?

Berikut penulis garapkan formula untuk memungkinkan kita semua dapat bertamu ke Dua Tanah Suci pada setiap tahun.

Simpan RM17 setiap hari = Hasilnya Umrah setiap tahun

RM17 x 360 hari = RM6120 setahun

Hasil dari pemerhatian internet penulis. Pakej umrah termurah bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

Tabung Haji Travel RM 5490

Andalusia Travel RM4990

Faizin Travel RM 4900

Rayhar Travel RM 5850



Oleh yang demikian seandainya jemaah yang nekad untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada setiap tahun maka menyimpan sebanyak RM17 adalah sesuatu yang sangat ideal.

Ini kerana jemaah yang berjaya mengumpul RM6120 setahun boleh pergi menunaikan ibadah umrah dengan duit poket/ belanja ada ditangan.



Contoh:

RM 17 x 360 hari : RM 6120

Pilih Pakej Umrah Faizin RM 4900 (CONTOH PILIHAN)

RM 6120 - RM4900  = RM1220 ( BAKI UNTUK DUIT POKET/ BELANJA)

FORMULA RM17= UMRAH SETIAP TAHUN

Maka , formula itu adalah cadangan penulis bagi mereka yang berazam menunaikan umrah sebanyak mungkin selagi masih dipinjamkan nyawa di badan.

RM17.

Wallahualam.

RM17, SAY YES TO UMRAH.



Friday, 10 November 2017

Nota Umrah 2018 : 8 syarat sah Tawaf

8 Syarat Sah Tawaf

Setiap jemaah umrah pasti mendambakan umrah yang di lakukan diterima Allah dan tidak dikenakan dam. Oleh yang demikian perlulah kita perhalusi akan syarat sah tawaf dengan teliti agar tawaf yang kita lakukan tidak dikira batal.


Syarat sebelum tawaf:
Berwuduk dengan sempurna

8 syarat sah tawaf:

1. Suci dari hadas

2. Suci badan, pakaian dan tempat dari najis

3. Menutup aurat dengan sempurna

4. Bermula pada sudut hajarul aswad
(wajid berniat tawaf bagi tawaf: sunat, wada, nazar)
(Sunat berniat bagi tawaf umrah)

5. Menjadikan kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan

6. Mengelilingi kaabah tujuh (7) pusingan dengan yakin

7. Berjalan dengan tujuan tawaf

8. Dilakukan dalam masjidil haram dan di luar hijr ismail dan diluar syazarwan

Thursday, 9 November 2017

Nota Umrah 2018:Tawaf: Apa, kenapa, di mana, siapa, bila, berapa?


Tawaf : apa, kenapa, di mana, bila, siapa, berapa?

1. Apa : Pengertian:
Berjalan mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dimulai dan di akhiri di penjuru hajar aswad.

2. Kenapa: Signifikan Tawaf:
Tawaf mempunyai signifikasi tersendiri kerana baik haji mahupun umrah termaktub di dalamnya bahawa tawaf adalah rukun bagi haji dan umrah.

Kesan bagi jemaah yang tidak melakukan tawaf denagn betul,  maka tawafnya tidak di kira sah dan beliau masih berada di dalam larangan ihram.

3. Dimana: Lokasi Tawaf:
Sekeliling kaabah di kawasan mataf.
Sekeliling kaabah di setiap tingkat masjid.

4. Bila: Masa bertawaf:
Terpulang kepada individu tersebut. Ada yang suka bertawaf di pagi hari, di bawah terik mentari ataupun di lewat malam.

Namum kebiasaannya jemaah umrah akan menyegerakan rukun tawaf. Berbeza dengan jemaah haji, kerana mereka bergantung kepada jenis haji yang dilaksanakn.

5. Siapa : siapa perlu tawaf.
Semua jemaah umrah dan haji.
Penziarah kota mekah.
Pekerja dan pembersih masjidil haram.

6. Berapa: bilangan tawaf?
7....kesemua jenis tawaf adalah berjumlah 7 pusingan.

Selawat Adnani



Terjemahan Selawat Adnaniyyah
SELAWAT ADNANIYYAH(BANI ADNAN)

صلى عليك الله يا عدنان
Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)

يا مصطفى يا صفوة الرحمن
Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan & Pengasih

الحمد لله الذي أعطاني
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku

هذا الغلام الطيب الأردان
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya

قد ساد فى المهد على الغلمان
Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak lelaki lain

أعيذه بالبيت ذي الأركان
Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai kerukunan/peraturan(melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)

حتى أراه بالغ البنيان
Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh kuat dan sihat

أنت الذي سمية في القرآن
Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam Al-Quran

أحمد مكتوب على الجنان
Ahmad yang tertulis di langit

صلى عليك الله في الأحيان
Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan

أحمده في السر والبرهان
Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz dengan lidah)

حقا على الإسلام والإيمان
Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman

يا ربنا بالمصطفى العدنان
Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang terpilih dari Bani Adnan

اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني
Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya diriku ini

Medina Nightlife



Maher Zain Song

Medina, Medina
Medinatun Nabi (the city of the Prophet)
Medina, Medina
That’s where I want to be
Medina, Medina
Medinatun Nabi
Medina, Medina
That’s where I want to be
Oh, oh, Medina Medina
Oh, oh, Medina Medina

I wake with the morning light in Medina
Everywhere I see blue skies
Set above these mountains
Bright colours fill the streets
A smile on every face
A special place for me, yeah!

[Chorus]

Tala’al badru ‘alayna, min thaniyyatil wadaa’
Wajabash shukru ‘alayna, ma da’a lillahi daa’
Ayyuhal mab’uthu fina, ji’ta bil amril mutaa’
Ji’ta sharraftal Medina, marhaban ya khayra daa

Berpuasa dan iftar Ramadhan di Madinah



Futur Maana

Futur maana (buka puasa bersama kami)

Futur maana ......Hebat takjub terkejut...itu yang boleh penulis gambarkan disaat disapa puluhan orang diluar dan di dalam masjid nabawi.ada yang menarik tangan, ada yang memeluk, ada yang melambai-lambaikan tangan.

Itu semua kaedah yang digunakan petugas-petugas iftar di masjid nabawi.

Futur maana bermaksud marilah buka puasa bersama kami. Dialog ini diulang-ulang oleh petugas iftar yang mencari orang berpuasa untuk buka puasa di lokasi mereka. Untuk makluman semua, di dalam masjid atau diluar masjid telah ada kawasan yang telah ditempah oleh penaja-penaja iftar. Mungkin sheikh arab kaya yang menaja makanan iftar ini.

Situasi ini dapat dilihat setiap kali hari isnin, khamis, puasa tengah bulan islam, puasa muharram (1-11hb), bulan ramadhan karem.

Moga kita dapat merasai nikmat dijamu di haram madinah....