Tuesday, 18 July 2017

Video Teaser Hijir Ismail


Video Teaser Hijir Ismail

Tips masuk Hijir Ismail

Tips Masuk Hijir Ismail.

Bertamu di haramain yang menjanjikan ketenangan jiwa yang teramat membuatkan kita akan bersungguh-sungguh menggunakan masa sepanjang di Tanah Suci.

Kebiasaan pakej umrah menawarkan 7hari untuk bertamu di Masjidil Haram Mekah. Dengar seperti sekejap sahaja tempoh itu, namun 7 hari yang kita lalui akan terasa sangat bermakna dan tiada satu lawatan atau kembara kita yang dapat menandingi saat dan waktu kita bertamu di haramain.

Memandangkan Hijir Ismail adalah antara 15 tempat mustajab doa seperti tertulis dalam kitab Bahrul wafi. Maka sesuailah kita bersama-sama pasangan dan famili masuk dan beribadah di dalamnya.

Dalam kita menggunakan masa sebaiknya di Mekah.Eloklah kiranya kita turut menggunakan waktu untuk beribadah di dalam Hijir Ismail.

Cara melintas pusingan Tawaf
1. Dari luar pusingan tawaf bersiap untuk melintas pusingan tawaf
2. Hanya mengangkat sebelah tangan dan berjalan melintas terus ke pintu Hijir Ismail. (sebagai isyarat ingin melintas). Anda akan saksikan reflek automatik dari jemaah yang sedang bertawaf. Mereka akan memperlahankan langkah dan membenarkan anda melintas dihadapan mereka.


Apa yang boleh dilakukan di dalam hijir ismail
1. Berdoa
2. Berqiamullail
3. Solat-solat sunat

Masa terbaik beribadah di dalamnya
1. Sepertiga malam
2. Waktu dhuha
3. Bila-bila masa (namun jemaah akan diarahkan keluar 30 minit sebelum azan berkumandang)

Apa yang perlu dihindarkan
1. Jangan solat di kawasan pintu masuk hijir ismail
2. Jangan berdoa dan menangis terlalu kuat sehingga mengganggu jemaah lain beribadah
3. Jangan meggunakan kekerasan kepada jemaah lain sewaktu ingin bergerak masuk maupun keluar.

Video teaser Tawaf

     
                       Video Teaser Tawaf


Berpayung Semasa Tawaf

Berpayung semasa tawaf

Pernahkah anda melihat jemaah haji maupun umrah bertawaf sambil memegang payung. Dek kerana kepanasan yang melampau terutama di bulan ramadhan dan haji (49-52') maka ramai dari jemaah akan memakai payung semasa bertawaf.

Hukum
Harus
Tidak dikenakan dam kerana bukan menutup kepala (bagi lelaki)
Jemaah hanya berteduh di bawah payung

Refleksi
Sekiranya jemaah sangat memerlukan pemakaian payung semasa tawaf maka bolehlah memakainya agar tidak terhidrat dibawah sinar mentari.

Nasihat
Jemaah yang berpayung semasa tawaf perlulah memastikan payung diangkat tinggi agar tidak membahayakan jemaah lain.

Alternatif
Bertawaflah sewaktu cuaca redup dan sejuk(pagi atau petang mahupun malam hari)

Wallahualam