Wednesday, 14 June 2017

Video Teaser Perkuburan Baqi' Al gharqad

Video Teaser Perkuburan Baqi' AlGharqad

Kapal Terbang Banjir!!!

Kapal terbang banjir! Kapal terbang banjir!



Macam tidak percaya dek akal bagaimana sebuah kapal terbang boleh banjir. Adakah kerana air naik? Atau kerana jatuh ke dalam laut? Atau atapnya bocor?

Situasi kapal banjir hanya akan dapat kita lihat di dalam kapal terbang dari Malaysia dan destinasinya adalah dua kota suci Mekah dan Madinah. Dek kerana insan yang terpilih untuk menjadi tetamu Umrah atau Haji adalah insan yang sedang mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kepada ilahi. Maka segenap inci suruhan Allah dipatuhi termasuk menunaikan solat di dalam kapal terbang.



Kebiasaan jemaah Malaysia mengambil wuduk dengan kuantiti air yang banyak. Melimpah-limpah air mencurah dari kepala paip. Sampai lencun bahagian lengan baju mereka. Terperik-percik airnya ke lantai. Oleh yang demikian walaupun jemaah Malaysia berada dalam kapal terbang kebiasaan di tanahair ini diulangi. Sebagai natijahnya, jadilah kapal terbang banjir.

Bayangkan kapal terbang Airbus 380 yang berkapasiti 438 jemaah. Andai separuh dari jumlah jemaah itu mengambil wuduk didalam kapal terbang.maka banjirlah tandas kabin. Lecak, licin, kotor, bahaya dan menjengkelkan.

Alternatif
Menggunakan botol spray wuduk.
Hanya wap yang digunakan. (Sila belajar cara wuduk guna spray).Bawa la botol kosong semasa melepasi saringan kastam dan imegresen ye.

Wuduk dalam kapal terbang.....jangan la sampai banjir.



Wednesday, 7 June 2017

Video Umrah Thts Pakej Fairuz Ramadhan 1438 ( Episode 1: Madinah)


Video Umrah Thts Pakej Fairuz Ramadhan 1438 (Episode 1: Madinah)